BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, September 5, 2009

Kreativiti & Kritikan III

Karya di atas merupakan karya yang dihasilkan oleh pelukis tanah air iaitu Jaafar Taib, karya ini bertajuk unggas, yang begitu sinonim dengan kehidupan hutan yang menjadi simbol kepada alam semulajadi. Karya ini dihasilkan dengan menggunakan media akrilik. Jika kita merenung dan menghayati karya-karya yang dihasilkan oleh pelukis Jaafar taib, tentu kita kagum melihat keindahan alam semulajadi yang menyegarkan seperti flora dan fauna yang dirakamkan dengan teliti sekali sehingga menjadikan karya pelukis sebagai karya yang realistik.

Diskripsi

Berdasarkan karya yang dihasilkan oleh Jaafar Taib, kita dapat lihat burung hantu yang digambarkan amat menarik perhatian kita, ditambahkan pula dengan keadaan hutan khatulistiwa yang segar dengan tumbuh-tumbuhan menghijau menjadikan karya-karya tersebut lebih menarik. Selain itu, pelukis pandai menggunakan komposisi ruang untuk mengolah karya menjadikannya kelihatan realistik dan wujud perspektif, kita dapat lihat di dalam karya ini pelukis menggunakan ruang hadapan, tengah dan belakang. Dari segi kesan-kesan jalinan yang lembut dan rapi yang diterapkan pula, kita dapat lihat sapuan berus yang lembut oleh pelukis begitu berkesan sekali untuk menimbulkan imej semulajadi.

Analisis

Dalam karya yang bertajuk "Unggas" ini kita dapat mentafsirkan dan menegaskan prinsip-prinsip seni yang yang terkandung di dalam karya ini, antaranya kita dapat lihat penegasan yang diwujudkan bagi menegaskan apa yang ingin disampaikan, di sini kita dapat perhatikan pada karya yang bertajuk "Unggas" ini, penegasan yang digunakan untuk menegaskan tentang gambar burung hantu untuk menunjukkan ketepatan dengan tajuk yang diberi. Penegasan dapat diperhatikan dari segi warna, saiz imej, dan lain-lain. Selain itu, dapat diperhatikan di dalam karya ini terdapat prinsip seni kontra, di mana pelukis memberi fokus kontra dari segi warna dapat diperhatikan gambar latar belakang yang hijau dan gambar imej depan berwarna oren kekuningan atau coklat, dapat menghuraikan maksudnya dengan lebih menarik.

Interprestasi

Berdasarkan pengamatan saya terhadap karya yang dihasilkan oleh Jaafar taib yang bertajuk "Unggas", karya ini amat menarik dan berfungsi sebagaii perakam sejarah kehidupan alam semulajadi, di mana kehidupan ini akan pupus di masa akan datang, dengan karya ini, generasi akan datang dapat melihat kehidupan yang telah pupus dan dapat menghayati nilai seni yang terkandung di dalam karya ini, memandangkan masyarakat dan pengkritik seni lebih gemar menghayati karya yang lebih realistik.

Kesimpulannya, karya ini amat bersesuaian dengan tema yang diberikan bagi menjelaskan situasi alam kehidupan di hutan. Oleh itu, pelukis perlulah mengekalkan disiplin melukis, gaya yang boleh menambat hati di kalangan pengkritik seni supaya karya pelukis sentiasa menjadi tarikan audiens atau masyarakat untuk memberi pujian kepada karya dan mengamatinya dengan lebih mendalam tentang apa yang ingin disampaikan oleh seseorang pelukis itu.



0 comments: